Like this blog ?

Saturday 12 January 2013

Cerita Seram Rekaan Semata2 :D

Assalamualaikum , :)
  hari ni aku nak tulis satu cerita seram !!
  aku buat cerita ni sendiri , kalaw tak seram takpe.. aku bukan pandai ngarang cerita pon..
  aku just nak try .. :)
  tajuk ? tak tahu nak letak tajuk ape.
  sebelum tu , kalaw nak baca cerita ni.. stop kan lah dulu lagu yg dah dimainkan ni.. kalaw nak lagi seram..
  bukak lah bunyi2 seram, ke.. okay ! ;)

cerita ini hanya rekaan semata2 okey ! :D
Bermulanya Disini..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     Arghhh !! kepala Aisyah pening mengingatkan tragedi kemalalangan yang berlaku seminggu lepas.. bagi Aisyah kemalangan itulah yg paling teruk sekali . Aisyah mula memicit-micit kepalanya. Tiba-tiba , Haziq,suami Aisyah datang ,"sayang kenape ? sayang masih fikir mase kemalangan tu ea ?" ."Aisyah pening bang." jawab Aisyah dengan perlahan."sudah la tu, pergi berehat.abang nak makan sekejap.abang dah lapar nai" Haziq berkata.Aisyah dengan perlahan-lahan menaiki tangga untuk pergi ke biliknya .
   
   Azan Maghrib mula dilaungkan . Aisyah bangun untuk mengambil wudhuk . setelah selesai, dia baru perasan yg suaminya tiada . Aisyah memanggil suaminya berkali2. tetapi, tiada jawapan. Aisyah mula mencari di dalam rumahnya , juga tiada . dia menelefon suaminya .. " abang..abang ada dekat mana ?" ."abang masih ada di pejabat . sori sayang, abang tak dapat balik hari ni , ada kerja ." jawab suaminya dengan tidak beberapa jelas .Aisyah mula tersentak , telefon yg dipegangnya terjatuh,'habis..aku berbual dengan siapa tadi ?!' bisik hati Aisyah. dia terus berlari ke biliknya dan berbaring di atas katil . dia membaca ayat -ayat suci dan beberapa surah.kemudian , secara tidak tersangka , dia tertidur pada waktu itu.

    Aisyah terjaga daripada tidur . dia terasa yg biliknya terang . dia membuka tingkap ,'sudah pagi rupanya' kata hati Aisyah.dia mengambil tuala kemudian mandi . dia masih memikirkan tentang kejadian semalam . selesai sahaja mandi , dia terdengar bunyi hon kereta di hadapan rumahnya .'itu pasti suamiku !' dia cepat2 bersiap untuk menyambut kepulangan suaminya . setelah sahaja suaminya masuk , dia terus bertanya "kenapa semalam sayang terus matikan telefon ? abang belum habis cakap lagi" tanya suaminya seperti dalam keadaan marah."Aisyah..Aisyah...." percakapannya tidak dihabiskan. air mata mula membasahi pipi Aisyah . selama ini Aisyah tidak pernah dimarahai oleh suaminya, dia seorang isteri yg sangat baik. Walaupun begitu , mereka belum mendapat cahaya mata . Perkahwinan mereka juga bukanlah dengan kehendak , mereka terpaksa berkahwin mengikut pilihan keluarga . "sudah , sudah , abang nak mandi .tolong masakkan untuk abang" . Suaminya terus naik ke atas . Aisyah dengan tidak mengeluarkan sebarang alasan terus pergi ke dapur untuk memasak .sedang Aisyah memasak , dia terdengar suara wanita tua berkata "cu..jangan sedih,kemahuan cu akan jadi kenyataan.." . ayat itu menyebabkan kepala Aisyah mula menjadi bingung .'suara siapa tadi ? Apa yang dia hendak sampaikan ?' terlalu banyak persoalan yg berada di  kepala Aisyah.sejurus selapas itu , suami Aisyah menjerit dengan kuat . Aisyah terus naik ke atas untuk melihat suaminya .

   Darah mengalir di lantai . "Abangggggg !!!!!!" Aisyah memanggil suaminya . Kelihatan perut suaminya terburai-burai . Usus semua sudah terkeluar daripada perut suaminya . Kelihatan seperti perut suaminya telah dikoyak-koyakkan . Begitu ngeri sekali kejadian itu,Aisyah terus menelefon ambulan .beberapa minit kemudian , ambulan pun datang . Haziq dibawa ke hospital . Walau bagaimanapun , tuhan lebih menyayangkan Haziq . Haziq telah meninggal dunia . Kejadian itu menyebabkan Aisyah seperti kurang waras . Dia tidak boleh menerima peninggalan suaminya . Haziqlah cinta pertama dan terakhir Aisyah .

      Semenjak kematian suaminya , Aisyah telah menjadi seperti orang gila . Dia berkata , ketawa , sedih dengan seorang diri tanpa sebab. "kenapa kau kacau aku ?!" Itulah yg sering diperkatakan oleh Aisyah . Bapa Aisyah , Azman, kasihan melihat Aisyah . Azman tahu bagaimana rasanya kehilangan orang yg disayangi . Isteri Azman juga telah meninggal semasa hendak melahirkan Aisyah . Azman telah merancang untuk membawa Aisyah bertemu dengan pakar .

      Pada keesokan harinya , Aisyah berjumpa dengan pakar . Pakar yg merawat Aisyah cuba untuk memulihkan Aisyah tetapi gagal ."ini bukan lawan aku !" kata pakar itu seolah-olah memberitahu yg Aisyah seperti telah dirasuk oleh "sesuatu" . Aisyah dibawa keluar rumah . Bapa Aisyah mengambil kesempatan untuk berbual dengan pakar itu . Pakar itu memberitahu bahawa ada penjaga yg menjaga Aisyah . Benda itu susah hendak dikeluarkan , kerana sudah lama dan sebati berada dalam badan Aisyah . "Sudah lama ? Sebati ? Sejak bila ?" tanya Azman. Pakar itu berkata "sekarang ni, saya nak kamu pulang kerumah dan ingat kembali siapa yg menemani Aisyah semasa dalam hospital" . Azman terus membawa Aisyah pulang kerumah Azman . dalam beberapa minit kemudian , dia teringat bahawa yg menemani Aisyah semasa di hospital ialah rakan Aisyah .Azman terus menelefon rakan Aisyah , Farah , "kau tolong datang ke rumah aku sekejap"."baa..baa..baiklah" jawab Farah terketar-ketar.Kemudian Azman masuk ke bilik untuk mnjenguk keadaan anaknya . Seawaktu  Azman hendak masuk ke bilik , dia melihat seolah-olah ada nenek tua duduk di sebelah anaknya . Dalam pada masa itu juga , benda itu terus hilang dari pandangan ."ya Allah !" Jerit Azman . Aisyah daripada tidur terus bangun . "Hihihihih.. Ayah...hihihihih..Ayah.." kata Aisyah dalam tertawa .

        Farah sudahpun sampai , dia terkejut melihat Aisyah sedang meratah daging ayam mentah di peti sejuk dan ayahnya diikat pada kerusi . Farah terus membuka ikatan itu dan membawa bapa Aisyah keluar . "Cik,maafkan saya.. sebenarnya kemalangan Aisyah adalah dirancang oleh saya . Pada masa itu saya amat membenci Aisyah kerana dia selalu dipuja oleh rakannya tentang kebaikannya , saya sangat cemburu . Apabila saya dapat tahu Aisyah berada di hospital , saya terus berjumpa dengan bomoh untuk menghantar "nenek kebayan" kepada Aisyah . Saya melawat Aisyah kerana saya ingin menghantar benda itu. Benda itu akan buat apa yg Aisyah mahu . Pada suatu hari , Aisyah dimarahi suaminya . Aisyah berasa sedih dan marah kepada suaminya tetapi dipendamkan . Pada waktu itulah benda itu berfungsi , ia membunuh orang yg Aisyah berasa marah iaitu ,suaminya . Dan sekarang benda itu tidak dijaga dengan betul , dia berasa lapar , sekarang ini benda itu hendak hapuskan keluarga cik..Maafkan saya cik.." cerita Aisyah . Azman terkejut mendengarnya . "sudah lah ,nak marah pon dah terlambat , baik kita rawat Aisyah . kasihan dia , dia tidak bersalah" .Mereka mengikat Aisyah dan membawanya berubat cara tradisional . Alhamdulillah , selepas seminggu berubat , Aisyah sudahpun kembali seperti asal . Bende yg mengikutinya sudahpun dibuang ke sungai . Walaubagaimanapun , Aisyah menghidapi trauma semenjak suaminya meninggal . kini , Aisyah tinggal dengan bapanya ..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ha ! best tak cerita nih ??haha , aku tak pernah buat cerita sendiri .
kalaw best .. eeee.. sukanya .
kalaw tak .. takpelah .___.
tu je kowt aku nak sampaikan ...
opps ya ! jgn lupa follow kalaw nak cerita lagi :D
Assalamualikum .. :)














White Tiger Print Pointer